NADI Taman Sukma

Alhamdulillah, syukur dan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Program Kemerdekaan yang telah berlangsung pada:

📅 7 September 2025 (Ahad) | 🕘 9.00 pagi – 4.00 petang | 📍 NADI Taman Sukma

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan mengeratkan silaturahim bersama komuniti, antaranya:
🍴 Pertandingan Menghias Makanan
🎨 Pertandingan Mewarna
🎥 Tayangan Video Kemerdekaan
🎮 Kelas Kesedaran e-Sukan
💻 Pendaftaran MyDigital ID
🩺 Saringan Kesihatan

Terima kasih atas sokongan semua pihak yang menjadikan program ini penuh warna dan bermakna. Semoga semangat kemerdekaan terus hidup dalam diri kita semua, seiring usaha membina komuniti yang sihat, celik digital dan berdaya maju.

“Malaysia Madani, Teguh Bersama” 🇲🇾❤️

— Dari kami,
NADI Taman Sukma