NADI Taman Sukma

📅 11 Oktober 2025

📍 Royale Chulan Damansara

Pengurus dan Penolong Pengurus NADI Taman Sukma telah menghadiri Majlis Grand Finale Cooking Star 2025 yang berlangsung dengan penuh gemilang di Royale Chulan Damansara pada 11 Oktober 2025.

Acara berprestij ini menghimpunkan sembilan (9) peserta terbaik dari seluruh negara yang menonjolkan bakat, kreativiti dan semangat dalam dunia kulinari komuniti.

Kehadiran NADI Taman Sukma menjadi lebih bermakna apabila pusat kami diumumkan sebagai penerima Anugerah NADI Paling Aktif bagi Kelas MAHIR (Intake 1 24/25) — satu pengiktirafan terhadap usaha gigih dan dedikasi berterusan kami dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif kemahiran serta literasi digital.

Anugerah ini menjadi pemangkin semangat buat kami untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih aktif, inovatif dan berdaya saing dalam melahirkan komuniti yang celik teknologi serta berpengetahuan digital.

💐 Setinggi-tinggi tahniah turut diucapkan kepada NADI PPR Jelatek atas kejayaan muncul sebagai Juara Cooking Star Season 1!

Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat, kreativiti dan kerjasama komuniti mampu mencipta impak besar di peringkat nasional.

🌸 NADI Taman Sukma juga ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Puan Zakiah, yang sepatutnya menjadi wakil Sarawak dan juga wakil NADI Taman Sukma dalam pertandingan Cooking Star kali ini.

Walaupun terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir, komitmen dan usaha luar biasa beliau sepanjang persiapan pertandingan amat kami hargai dan sanjungi.