NADI Taman Sukma

✨ Seusai tamat perlawanan, para pemain The Blizzard turut mengambil peluang untuk memperkasa diri melalui sesi kelas khas yang dianjurkan.

Dalam sesi ini, mereka mempelajari ilmu penting untuk membina kerjaya e-sukan yang lebih cemerlang:
Kod Etika Pemakaian dalam E-Sukan
Kawalan Emosi dan Mental Juara
Pengurusan Kejohanan E-Sukan
Asas Penciptaan Kandungan Digital

Sesi ini bukan sekadar kelas — ia adalah langkah pertama untuk melonjakkan diri daripada seorang pemain biasa kepada seorang legenda dalam dunia e-sukan!

💬 Tahniah kepada semua peserta! Teruskan berusaha, teruskan ‘level up’ untuk menakluk pentas e-sukan dunia!