8 DISEMBER 2025 – 9 DISEMBER 2025
Pada hari rabu dan khamis yang lalu telah berlangsungnya kelas keringkam yang telah dianjurkan oleh cikgu Leeza yang telah dihadiri 9 orang peserta berperingkat usia. Keringkam ialah sejenis sulaman tradisional masyarakat Melayu Sarawak yang menggunakan benang emas atau perak pada kain seperti selendang atau tudung. Ia merupakan warisan seni halus yang melambangkan kehalusan budaya dan kemewahan seni Melayu.














