Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan jayanya telah menganjurkan Webinar: Melindungi Perniagaan Anda – Cara Menguruskan Akaun dan Transaksi Secara Selamat pada 25 Januari 2025.
Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan usahawan mengenai langkah-langkah keselamatan digital, pengurusan akaun dan transaksi yang sistematik, serta cara menangani ancaman kewangan dalam talian.
Antara topik utama yang dibincangkan:
✅ Langkah-langkah keselamatan digital untuk melindungi akaun perniagaan.
✅ Cara merekodkan dan mengurus transaksi secara sistematik dan selamat.
✅ Penggunaan aplikasi kewangan yang efisien.
✅ Tanda-tanda penipuan kewangan dan cara mencegahnya.
Program ini telah menerima sambutan positif daripada peserta yang terdiri daripada pemilik perniagaan kecil dan sederhana, dengan sesi interaktif yang dikendalikan oleh penceramah berpengalaman.
NADI komited untuk terus menyokong komuniti usahawan dengan program bermanfaat seperti ini di masa hadapan.





