Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
2. Dimaklumkan bahawa pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah agenda literasi dan perlindungan kewangan awam untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap risiko kewangan semasa, khususnya melibatkan kes scam yang semakin berleluasa.
3. Antara inisiatif tersebut adalah penerbitan eBuku “Amaran Scam” yang bertujuan untuk:
Meningkatkan kesedaran tentang jenis-jenis scam kewangan, taktik scammer serta langkah perlindungan diri; dan
Memberi panduan tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa scam, termasuk saluran pelaporan berkaitan.
Akses eBuku boleh diperoleh melalui pautan berikut: AmaranScam-eBook.pdf
4. Selain itu, inisiatif Perlindungan Tenang oleh Bank Negara Malaysia turut disediakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan rentan mendapatkan perlindungan kewangan asas. Antara faedah utama adalah:
Akses mudah: Perlindungan asas hayat, kemalangan dan penyakit dengan proses pembelian serta tuntutan yang ringkas;
Baucar Kerajaan: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak menerima baucar RM30 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0;
Platform pembelian: Boleh dilanggan melalui syarikat takaful, institusi kewangan dan penyedia e-dompet seperti Touch ‘n Go eWallet.
Maklumat lanjut: MyPTV atau MyCoverage.
5. BNM juga memperkenalkan Digital Roadside Assistance (DRA) yang memudahkan pengguna mendapatkan bantuan jalan raya dan membuat tuntutan kemalangan secara digital dengan lebih pantas dan mudah.
Maklumat lanjut di pautan:
Drive stress-free with Digital Roadside Assistance (DRA) and digital claims – Jom Level Up.