NADI Taman Sukma

Seramai 11 orang peserta di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun telah mengikuti kelas dekorasi cupcakes sempena Program Cuti Sekolah di NADI Taman Sukma.

Mereka telah mempelajari teknik asas membuat bancuhan icing dan jenis2 icing yang bersesuaian. Di samping itu mereka juga diajar teknik menggunakan nozzle yang bersesuaian dengan dekorasi yang dipilih. Kanak2 begitu teruja dalam melahirkan idea ciptaan sendiri menggunakan kreativiti dan imaginasi mereka.

Anak-anak suka ibu pun teruja.

Tunggu cuti sekolah akan datang kami akan bawakan kelas seni aksesori gelang dan keychain untuk anak-anak.