NADI Taman Sukma

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sukma, Kuching, Sarawak pada 10 November 2024 (Ahad).

Menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), NADI menjadi platform untuk meningkatkan potensi komuniti dengan menyediakan pelbagai program latihan yang lebih mampan dan relevan serta merapatkan jurang teknologi, pengetahuan juga sosioekonomi penduduk setempat.

Di Sarawak, sebanyak 133 NADI sedia ada kini sedang beroperasi. Kementerian Komunikasi menerusi MCMC telah menambah sebanyak 23 buah NADI pada tahun 2024 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 156 NADI di negeri Sarawak.