Pada tarikh 21/9/2024 hari sabtu telah berlangsung bengkel mahir keringkam bersama tenaga pengajar Puan Leeza dr LC Keringkam.Keringkam atau Selayah adalah selendang, tudung ataupun skaf tradisional yang dipakai oleh wanita Melayu di Sarawak. Ianya menjadi pelengkap busana tradisional masyarakat Melayu di Sarawak yang sering digayakan ketika menghadiri majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan dan juga perayaan besar yang lain. Ianya juga merupakan pakaian bangsawan pada suatu ketika dahulu dan kini semua orang boleh menggunakannya.Disini (NADI) melahirkan usahawan tempatan yang kita akan pertengahkan bakat mereka untuk dipertontonkan di mata dunia.
Mari menjadi ahli NADI di Taman sukma!!




