NADI Taman Sukma

📅 Tarikh: 4-5 & 8-9 Februari 2025
Masa: 9:30 pagi – 4:30 petang
📍 Lokasi: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Taman Sukma

Bengkel Sulaman Keringkam telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sukma dan dikendalikan oleh salah seorang usahawan kami iaitu Cikgu Leeza, yang menyewa bilik latihan bagi menjalankan sesi pembelajaran seni sulaman keringkam.

Sepanjang bengkel ini, peserta didedahkan dengan teknik sulaman keringkam yang halus dan penuh ketelitian di bawah bimbingan tenaga pengajar berpengalaman. Selain menimba ilmu, bengkel ini juga menjadi platform bagi generasi muda untuk mengenali dan meneruskan legasi seni sulaman ini agar tidak lapuk ditelan zaman.