NADI Taman Sukma

Pada 10 Disember 2024 yang lepas, telah berlangsung kelas mahir masak yang disertai oleh 3 peserta. Tujuan program ini bagi memupuk kreativiti dan minat seseorang individu dalam memasak.

Bukan itu sahaja, mahir masak ini juga bertujuan mengajar peserta cara pemilihan bahan, cara mengendali perniagaan dan juga cara untuk mengembangkan potensi diri hingga ke persada dunia.

NADI X MAHIR MASAK ini bakal di hadiri oleh chef terkenal seperti Chef Florence Tan. Chef Florence Tan ialah salah seorang chef selebriti terkenal di Malaysia, terutamanya dalam masakan tradisional Nyonya dan juga masakan Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya mengajar yang santai dan mudah difahami, serta sering muncul dalam rancangan TV, bengkel masakan, dan acara kulinari.