NADI Taman Sukma

25 JUN 2025


Saringan Kesihatan | NADI Taman Sukma

Pihak NADI Taman Sukma ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh komuniti yang telah meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan Program Saringan Kesihatan yang telah berlangsung pada 22 Jun 2025.

Sambutan yang amat menggalakkan, terutamanya daripada golongan warga emas, jelas menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan menjaga kesihatan. Kehadiran dan sokongan anda semua amat kami hargai dan menjadi penyuntik semangat untuk kami terus menjalankan program-program bermanfaat sebegini.

Melalui program ini, para peserta telah mendapat manfaat seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, BMI, serta konsultasi kesihatan secara percuma. Ia memberi peluang kepada komuniti untuk lebih peka terhadap tahap kesihatan diri dan mengambil langkah awal dalam pencegahan penyakit.

Ucapan terima kasih khas juga ditujukan kepada NADI Pending yang turut membantu menjayakan program ini.

Terima kasih semua – bersama kita menuju komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.

#NADITamanSukma

#SaringanKesihatan2025

#KomunitiSihat

#TerimaKasihNADIPending

#BersamaKitaKuat

NADITamanSukma #MRIC #SaringanKesihatan #KomunitiSihat #WargaEmasPrihatin #AmalkanGayaHidupSihat