NADI Taman Sukma

SKAS adalah program bantuan kewangan yang disediakan kepada golongan berpendapatan rendah di Sarawak melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-Wallet). Baucar ini digunakan untuk membeli barangan makanan asas.

Kriteria Kelayakan Penerima

  1. Anak Sarawak yang memegang Kad Pengenalan K.
  2. Berdomisil di Sarawak.
  3. Data penerima berdasarkan maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 yang telah dikemas kini.

Kategori dan Jumlah Bantuan

Penerima SKAS dibahagikan kepada tiga kategori:

Kategori 1: Isi Rumah (Household)

  • Berkahwin atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah.
  • Tiada had umur.
  • Jumlah bantuan: RM800.

Kategori 2: Bujang (Single)

  • Bujang atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada tanggungan.
  • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke bawah.
  • Berumur 21-59 tahun atau OKU bujang berumur 19 tahun ke atas.
  • Jumlah bantuan: RM250.

Kategori 3: Warga Emas (Senior Citizens)

  • Bujang atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak.
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah.
  • Berumur 60 tahun ke atas.
  • Jumlah bantuan: RM400.