Program bersama perwakilan Kesatuan Wanita di kawasan DUN Samariang yang melibatkan seramai 16 peserta ini diadakan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber dalam kalangan komuniti. Melalui sesi perkongsian yang interaktif, peserta didedahkan kepada ancaman siber yang berpotensi serta langkah-langkah pencegahan untuk melindungi data peribadi dan maklumat sensitif dalam era digital ini.
Selain itu, program ini turut merangkumi aktiviti saringan kesihatan bagi memastikan kesejahteraan fizikal peserta sentiasa terjaga. Para peserta juga diberi penerangan mengenai fungsi dan peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), termasuk perkhidmatan serta inisiatif yang disediakan untuk membantu komuniti mendapatkan maklumat yang sahih. Program ini bukan sahaja mendekatkan NADI dengan masyarakat setempat, malah mencerminkan usaha bersepadu untuk membina komuniti yang sihat, peka terhadap keselamatan siber, dan berdaya saing.























