NADI Taman Sukma

Hai Geng Studio Sihat 👋
  Dah masuk bulan April ni, macam mana momentum kembali ke rutin asal? Bila musim raya mula melabuhkan tirai, kita kembali sibuk dengan urusan kerja, sekolah anak-anak dan jadual harian yang padat. Dalam kesibukan mengejar pelbagai komitmen, sedar tak kadang-kadang kita lebih pentingkan benda lain berbanding tubuh badan sendiri?
  Pernah terfikir tak— Kereta boleh servis ikut jadual, kenapa badan tunggu rosak baru nak baiki? Minggu lepas, Studio Sihat bawa anda merenung kembali tabiat kita yang sanggup berhabis masa dan wang menjaga kenderaan, tapi sering culas bab saringan kesihatan sendiri. Bila badan mula “protes”, kita keliru pula. Adakah ini sekadar penat bekerja, atau kita sebenarnya dah capai had maksimum? Jom kenal pasti perbezaannya dalam perkongsian Burnout vs Letih Biasa: 3 Tanda Fizikal supaya anda tahu bila masa yang tepat untuk berehat.
  Selain tekanan kerja, kembali kepada rutin juga bermakna kembali berdepan dengan ragam anak-anak. Kalau kebelakangan ini anda rasa mudah “naik hantu”, dengarkan podcast Hilang Sabar Dengan Anak: Cara Kawal Emosi dan Tingkah Laku (Part 1). Kami kongsikan cara praktikal untuk ibu bapa menenangkan diri dan mengawal keadaan. Kami turut membawakan topik istimewa yang sangat penting untuk pendidik dan ibu bapa, iaitu Seni Mengurus ‘Meltdown’ Pelajar Autisme Di Dalam Kelas kerana empati dan kefahaman adalah kunci utama untuk menyantuni anak-anak syurga ini.
  Bercakap tentang anak-anak, kesihatan fizikal mereka juga tidak patut diabaikan. Kami sediakan rutin Senaman Ceria Untuk Kanak-Kanak Obes | Gerak Sihat Tanpa Tekanan, khas untuk ajak si kecil bergerak, berpeluh, dan berseronok tanpa rasa terpaksa.
  Akhir sekali, sebagai inspirasi untuk kita semua membuang segala alasan, saksikan kupasan hebat tentang kecekalan luar biasa dalam webinar OKU & Sukan: Para Taekwondo Malaysia. Jika mereka mampu melangkaui keterbatasan, kita juga pasti boleh!
  Kesihatan mental, emosi, dan fizikal saling melengkapi. Jemput luangkan masa tonton dan dengar semua pengisian bermakna ini di platform Studio Sihat. Jom baiki apa yang patut, sebelum terlambat!
  👇 Scroll ke bawah dan pilih video yang anda nak tonton dulu.

Kereta boleh servis ikut jadual, kenapa badan tunggu rosak baru nak baiki?

30 Mac 2026

OKU & Sukan: Para Taekwondo Malaysia

31 Mac 2026

Burnout vs Letih Biasa: 3 Tanda Fizikal

1 April 2026

Hilang Sabar Dengan Anak: Cara Kawal Emosi dan Tingkah Laku (Part 1)

2 April 2026

Seni Mengurus ‘Meltdown’ Pelajar Autisme Di Dalam Kelas

3 April 2026

Senaman Ceria Untuk Kanak-Kanak Obes | Gerak Sihat Tanpa Tekanan

4 April 2026

👀 Minggu Ini di Studio Sihat

Saringan Kesihatan: Mengapa Saringan Berkala Sangat Penting?

7 April 2026 (Selasa) | 10:30 Pagi

https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

Diet Extreme: Jalan Pintas atau Perangkap?

Diet Extreme: Jalan Pintas atau Perangkap?

https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

Teruskan bersama Studio Sihat untuk lebih banyak perkongsian yang informatif, relevan dan dekat dengan kehidupan harian anda.

Semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi langkah kecil ke arah kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Jumpa lagi dalam edisi akan datang!

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162936441
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :

Facebook : https://www.facebook.com/naditamansukma
Titktok : https://www.tiktok.com/@naditamansukma
Instagram : https://www.instagram.com/naditamansukma/
Portal : https://tamansukma.nadi.my/

Subscribe, Like dan Share YouTube StudioSihat