
Hai Geng Studio Sihat 👋
 Macam mana dengan rentak kehidupan minggu ni? Bila jadual mula kembali padat dengan urusan kerja dan keluarga, kadang-kadang kita tanpa sedar mula mengabaikan isyarat-isyarat penting yang badan cuba sampaikan.
 Minggu lepas kita berbincang tentang pentingnya “servis” badan macam kita servis kereta. Jadi minggu lalu, Studio Sihat membawa perbincangan tersebut selangkah lebih jauh untuk melihat ancaman kesihatan yang sering kita pandang ringan.
 Tahukah anda, ada musuh senyap yang boleh menyerang tanpa sebarang amaran? Melalui topik NCD: Penyakit Yang Datang Tanpa “Salam”, Studio Sihat mengupas bahaya penyakit tidak berjangkit yang sering terjadi dalam diam. Disebabkan itulah, kami tampilkan juga perkongsian tentang Saringan Kesihatan: Mengapa Saringan Berkala Sangat Penting?. Jangan jadikan “tunggu sakit baru nak ke klinik” sebagai satu tabiat!
 Selain kesihatan tubuh, kesihatan minda juga perlukan perhatian. Bila tekanan kerja mula berkumpul, otak kita boleh jadi jammed. Jangan biarkan ia melarat, kami kongsikan Cara Cepat ‘Reset’ Otak Bila Anda Terlalu Stress supaya anda boleh kembali tenang dan fokus. Buat ibu bapa pula, kami sangat faham bahawa stres di tempat kerja kadang-kadang terbawa-bawa ke rumah. Oleh itu, jangan lepaskan sambungan podcast Hilang Sabar Dengan Anak: Cara Kawal Emosi dan Tingkah Laku (Part 2) untuk bantu kita sama-sama mengurus emosi dengan lebih baik.
 Akhir sekali, bagi anda yang mungkin tengah struggle nak turunkan berat badan secara drastik, adakah anda terfikir untuk potong kalori secara melampau? Tonton dahulu kupasan Diet Extreme: Jalan Pintas atau Perangkap? sebelum membuat keputusan yang boleh merosakkan metabolisme anda. Sebagai alternatif yang jauh lebih sihat dan realistik, jom mula bergerak dengan Senaman Mesra Lutut | Workout Selamat Untuk BMI Tinggi & Masalah Lutut.
 Kesihatan adalah perjalanan maraton, bukan lari pecut. Jemput luangkan sedikit masa untuk hadam semua pengisian istimewa ini di platform Studio Sihat demi kesejahteraan diri anda dan keluarga.
 👇 Scroll ke bawah dan pilih video yang anda nak tonton dulu.

NCD: Penyakit Yang Datang Tanpa “Salam”
6 April 2026

Saringan Kesihatan: Mengapa Saringan Berkala Sangat Penting?
7 April 2026

Cara Cepat ‘Reset’ Otak Bila Anda Terlalu Stress
8 April 2026

Hilang Sabar Dengan Anak: Cara Kawal Emosi dan Tingkah Laku (Part 2)
9 April 2026

Diet Extreme: Jalan Pintas atau Perangkap?
10 April 2026

Senaman Mesra Lutut | Workout Selamat Untuk BMI Tinggi & Masalah Lutut
11 April 2026
👀 Minggu Ini di Studio Sihat

Reset Hidup Sihat: Dari Pemakanan ke Berat Badan Ideal
14 April 2026 (Selasa) | 10:30 Pagi
https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

Lupa Biasa atau Demensia? Kenali Tanda-Tanda Awal Sebelum Terlambat
17 April 2026 (Jumaat) | 10:30 Pagi
https://meet.google.com/tvt-jacd-uem
Teruskan bersama Studio Sihat untuk lebih banyak perkongsian yang informatif, relevan dan dekat dengan kehidupan harian anda.
Semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi langkah kecil ke arah kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Jumpa lagi dalam edisi akan datang!
Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162936441
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/naditamansukma
Titktok : https://www.tiktok.com/@naditamansukma
Instagram : https://www.instagram.com/naditamansukma/
Portal : https://tamansukma.nadi.my/
| Subscribe, Like dan Share YouTube StudioSihat |